Khamis, 9 April 2020 | 6:06pm

COVID-19: Peratus kematian masih rendah

PUTRAJAYA: Peratus kes kematian pesakit COVID-19 di negara ini iaitu sekitar 1.58 peratus, adalah jauh lebih rendah berbanding negara lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peratusan purata negara lain bagi kes kematian pesakit COVID-19 ialah sekitar 4.6 peratus atau 5.6 peratus.

“Negara kita kadar kematian adalah rendah (dan ini) menunjukkan perkhidmatan perubatan yang diberikan kepada pesakit terutamanya yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di tahap baik dan memuaskan.

“Pakar bius kita juga dapat merawat pesakit dengan baik secara tidak langsung dapat memberi rawatan yang mantap. (Dan ini) dapat memberi kesan kepada semua pesakit di wad dan ICU.

“Apabila lihat sekarang 88 peratus daripada pesakit COVID-19 yang positif di negara ini mempunyai gejala ringan dan tiada gejala.

“Lapan hingga 10 hari masa diambil untuk ujian saringan dan mereka mestilah negatif lebih 24 jam sebelum dibenarkan pulang,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan sebanyak 4,228 kes positif COVID19 dan sebanyak 67 kematian dilaporkan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto BERNAMA
    KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X