Jumaat, 10 April 2020 | 4:30pm

COVID-19: PKP mungkin dilanjutkan untuk tempoh lebih lama - PM

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu bersedia untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dalam tempoh lebih lama, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, ia mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum betul-betul dapat pastikan penularan wabak COVID-19 diatasi 100 peratus.

“Itupun kehidupan kita mungkin tidak boleh kembali seperti sedia kala. Selagi virus ini masih ada, amalan penjarakan sosial mesti diteruskan. Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan diri.

“Elakkan sebarang perhimpunan. Hindari tempat yang sesak. Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk bertarawih.

“Jadi bertarawih lah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa. Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - FotoBERNAMA
    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - FotoBERNAMA
    Berita Harian X