Jumaat, 10 April 2020 | 4:54pm
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA

COVID-19: Biasakan dengan normal baharu - PM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya membiasakan diri dengan normal atau kebiasaan kehidupan baharu.

Perdana Menteri berkata, apa yang biasa dibuat dahulu, tidak boleh dilakukan lagi bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“Ringkasnya, kehidupan kita untuk bulan-bulan atau tahun yang mendatang ini tidak akan kembali seperti biasa. Kita akan menjalani kehidupan dengan the new normal atau kebiasaan baharu.

“Contoh mudah, berjabat tangan. Kalau dulu berjabat tangan apabila berjumpa adalah satu perkara yang biasa dibuat. Kalau tak dibuat ia dianggap janggal atau tak beradab.

“Namun, sekarang ini lain. Kita tak boleh berjabat tangan apabila berjumpa untuk mengelakkan jangkitan virus. Mungkin kita tunduk sahaja sebagai tanda hormat. Ini adalah the new normal atau kebiasaan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas COVID-19 di Putrajaya dekat sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X