Ahad, 12 April 2020 | 5:50pm
Pelajar IPT layak dapat bantuan ‘one off’ RM200 menerusi PRIHATIN. - Foto hiasan
Pelajar IPT layak dapat bantuan ‘one off’ RM200 menerusi PRIHATIN. - Foto hiasan

COVID-19: Soalan lazim bantuan untuk pelajar IPT

Soalan lazim pelaksanaan bantuan one-off bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

S: Berapakah nilai bantuan pelajar one-off ini?

J: Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan one-off berjumlah RM200

S: Siapakah yang layak menerima bantuan one-off?

J: i. Warganegara Malaysia

ii. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:

* Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kementerian yang berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

* Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Diploma dan setara institusi TVET, Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia.

* Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi atau IPT yang berdaftar di bawah akta-akta yang berkuat kuasa.

* Pelajar IPT diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas di institusi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar/ MARA

S: Berapa ramaikah penerima bantuan ini?

J: Dianggarkan 1.5 juta pelajar akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.

S: Adakah bantuan ini turut diberikan kepada pelajar Malaysia yang berada di luar negara?

J: Tidak, bantuan ini adalah untuk pelajar yang menuntut di Malaysia sahaja.

S: Bolehkah pelajar menyemak status kelayakan masing-masing?

J: Semua pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui pegawai di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing.

S: Apakah yang harus dibuat oleh pelajar sekiranya berpendapat memenuhi kriteria kelayakan menerima bantuan one-off.

J: Pelajar diminta menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemas kini dokumen / maklumat-maklumat berikut :

i. Salinan kad pengenalan

ii. Nombor akaun bank dan nama bank

iii. Salinan penyata / buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank)

iv. Nombor telefon bimbit / emel

S: Bagaimanakah bantuan itu akan disalurkan kepada pelajar?

J: Bantuan akan disalurkan kepada pelajar yang layak melalui akaun bank masing-masing (sekiranya memenuhi syarat-syarat) mulai hujung bulan April 2020 oleh institusi masing-masing. Semakan boleh dibuat di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di Institusi masing-masing.

S: Bagaimana sekiranya pelajar tidak mempunyai bank akaun?

J: Bantuan akan disalurkan ke akaun bank milik pelajar sahaja. Pelajar perlu membuka akaun bank sekiranya belum mempunyai akaun bank sendiri.

S: Jika terdapat keciciran nama penerima bantuan one-off, apakah tindakan yang perlu diambil oleh pelajar itu?

J: Pelajar boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing.

S: Adakah pelajar yang sudah berhenti atau tangguh pengajian sebelum atau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) layak menerima bantuan ini?

J: Hanya pelajar yang berstatus aktif sehingga 31 Mac 2020 layak menerima bantuan ini.

S: Adakah pelajar yang sedang menjalani latihan industri dan workbased learning layak menerima bantuan ini?

J: Ya, pelajar itu layak menerima bantuan ini.

S: Adakah pelajar semester akhir dan akan tamat pengajian pada Mei 2020 layak menerima bantuan ini?

J: Layak. Pernyataan ini merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian dan berstatus aktif di IPT masing-masing pada 31 Mac 2020.

S: Sekiranya pelajar sedang menjalani latihan industri dan work-based learning, bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan ini?

J: Pelajar boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

S: Adakah pelajar yang sudah tamat pengajian sebelum 31 Mac 2020 layak menerima bantuan ini?

J: Tidak. Ini kerana pelajar tidak lagi berstatus aktif di institusi masing-masing.

S: Bolehkah bantuan disalurkan melalui akaun ibu, ayah atau saudara mara?

J: Tidak. Pelajar mesti mempunyai akaun bank sendiri.

S: Bolehkah pelajar membuka akaun di mana-mana bank?

J: Ya, pelajar boleh membuka akaun di mana-mana bank tempatan. Mana-mana akaun yang dibuka dengan bank tempatan sama ada konvensional atau Islamik, boleh diterima. Akaun Tabung Haji dan akaun Amanah Saham tidak diizinkan untuk penggunaan bantuan one-off ini.

S: Sekiranya terdapat kemusykilan berhubung bantuan ini, siapakah pegawai yang boleh dirujuk?

J: Pelajar boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing.

S: Bagaimana boleh hubungi Kementerian/ IPT seliaan?

J: Pelajar IPT digalakkan menghubungi terus Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing berkenaan pembayaran RM200 one-off ini. Sekiranya ada soalan lanjut, Kementerian dan Agensi seliaan bertanggungjawab boleh dihubungi seperti berikut:

i. Kementerian Pengajian Tinggi (Pelajar IPTA/ IPTS) - 0388706777 ; 0388706949; 0388706628; 0388706623; 0388706124

ii. Kementerian Pendidikan Malaysia (Pelajar Matrikulasi, Tingakatan 6 dan setaraf) – 0388849383; 0388886749; 038889325; 0388849401

iii. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Pelajar MARA) – 0388912078; MARA Call Center: 032613 2000

iv. Kementerian Belia dan Sukan (Pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara)- 0388713773; 0388713434; 0388713506

v. Kementerian Pertanian dan Industri Asas (Pelajar Diploma Kemahiran Malaysia)- 0388701663; 0388701664; 0388701307

vi. Kementerian Sumber Manusia (Pelajar diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas) – 0388892359; 0388862409; 0388903404; 0388862352; 0388889111

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X