Rabu, 15 April 2020 | 3:21pm

Kerajaan hargai petugas barisan hadapan, rakyat yang patuh arahan

KUALA LUMPUR: Kerajaan menghargai kumpulan barisan hadapan yang komited menjalankan tugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dan dua yang berakhir semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua rakyat terutama mereka yang terus bersabar melalui tempoh PKP.

“Kerajaan ucapkan terima kasih kepada rakyat yang patuh arahan PKP. Kita harap tiga peratus yang masih degil (ingkar PKP) supaya patuh arahan PKP seterusnya ini.

“Terima kasih juga kepada barisan hadapan, doktor, jururawat, polis, Angkatan Tentera Malaysia, APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia), RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia), petugas PBT (pihak berkuasa tempatan), Jabatan Penjara.

“Juga kepada petugas-petugas media yang selama ini membantu kerajaan putuskan (rantaian penularan) COVID-19,” katanya pada sidang medianya di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Beliau meminta semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik terus berganding bahu memerangi pandemik ini.

- Gambar Hiasan. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
- Gambar Hiasan. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Berita Harian X