Khamis, 16 April 2020 | 5:33pm
 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Foto/NSTP/Faiz Anuar
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Foto/NSTP/Faiz Anuar

COVID-19: Saringan komuniti Selangor berjaya kesan jangkitan tanpa simptom

SHAH ALAM: Saringan komuniti yang dijalankan oleh kerajaan negeri di Hulu Langat hujung minggu lalu berjaya mengesan penduduk yang dijangkiti wabak COVID-19 tanpa simptom (asymptomatic).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata daripada 649 orang yang disaring pada 11 dan 12 April lalu, empat daripada lima penduduk yang didapati positif wabak berkenaan tidak mempunyai tanda dijangkiti.

“Keputusan Saringan Komuniti ini mendapati nisbah keputusan positif dan negatif adalah sebanyak satu peratus.

“Keputusan ini adalah konsisten dengan kadar nasional dan seiring dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggesa saringan dipertingkatkan sehingga nisbah

Beliau berkata, saringan ke atas 649 sampel itu dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta menurut tatacara yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Sungai Ramal dan Dusun Tua.

Jelasnya, keputusan hasil saringan itu sudah dihantar kepada PKD, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan CPRC Kebangsaan KKM untuk diambil tindakan seterusnya.

Menurutnya lagi, saringan berkenaan disasarkan di lokaliti zon merah di daerah yang sudah dikenalpasti hasil analisis data raya Selangor Task Force COVID-19 untuk membantu KKM bagi memutuskan penularan rantaian wabak COVID-19 khusus di Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri akan meneruskan saringan ini ke lokaliti zon merah lain dengan matlamat untuk melengkapi usaha yang dilaksanakan KKM dan mengenalpasti golongan berisiko tinggi terutamanya warga emas yang tidak mempunyai gejala,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X