Jumaat, 17 April 2020 | 6:31pm
Seramai 10 daripada lebih 15,000 individu pulang dari luar negara disahkan positif COVID-19. - Foto NSTP
Seramai 10 daripada lebih 15,000 individu pulang dari luar negara disahkan positif COVID-19. - Foto NSTP

COVID-19: 10 kes positif kumpulan pulang dari luar negara

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kes positif COVID-19 dicatatkan dalam kalangan individu yang pulang dari luar negara dan menjalani perintah kuarantin wajib, sejak 3 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan perangkaan semasa merekodkan kira-kira 15,000 individu ditempatkan di pusat kuarantin dan hotel, selepas pulang dari luar negara.

Berdasarkan jumlah itu, katanya, hanya 0.07 peratus disahkan positif jangkitan COVID-19 dan ditempatkan di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kita ada lebih 112 pusat kuarantin dan semua lokasi ini digunakan untuk menempatkan mereka yang pulang dari luar negara serta perlu menjalani arahan kuarantin wajib sejak 3 April lalu.

“Saya dimaklumkan, setakat ini jumlah yang positif daripada kumpulan dari luar negara adalah hanya 10 kes,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X