X
Sabtu, 18 April 2020 | 8:21am
 Pegawai penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan dan pemantauan di seluruh negara ke atas barangan keperluan bagi memastikan bekalan mencukupi.
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan dan pemantauan di seluruh negara ke atas barangan keperluan bagi memastikan bekalan mencukupi.

KPDNHEP periksa 25,543 peniaga runcit, borong dan kilang

KUALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan 25,543 pemeriksaan membabitkan peringkat perniagaan runcit, borong dan kilang sepanjang bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata daripada pemantauan yang dilakukan antara tempoh 18 Mac hingga 15 April lalu, mendapati kedudukan bekalan 25 barangan itu adalah mencukupi dalam pasaran.

“Kita akan memberi tumpuan berterusan dalam memastikan bekalan barangan keperluan rakyat mencukupi dan harga barang terkawal ketika PKP Fasa 3 ini.

“Seramai 2,300 pegawai penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan dan pemantauan di seluruh negara ke atas barangan keperluan bagi memastikan bekalan mencukupi dan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga atas alasan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pemantauan itu dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961) dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).

“Sekiranya berlaku kenaikan harga tinggi yang tidak munasabah ke atas mana-mana barangan keperluan dalam tempoh PKP, KPDNHEP akan melaksanakan mekanisme kawalan harga pada bila-bila masa dalam tempoh PKP ini.

“Skim itu sudah dilaksanakan semasa musim perayaan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, pengguna boleh menyalurkan aduan mengenai pihak yang menaikkan harga barangan,

ke portal [email protected], menghubungi pusat panggilan 1800 886 800 atau email [email protected].

Selain itu, aduan boleh disalukan ke aplikasi telefon pintar Ez ADU, menghubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) di talian 03-8000 8000 dan Malaysia Government Call Centre (MYGCC) atau lapor atau hadir ke mana-mana 73 pejabat KPDNHEP di seluruh negara.

INFO

Pemantauan bekalan dan harga dijalankan ke atas 25 jenis barangan keperluan meliputi kategori seperti berikut;

i. Kategori makanan kering iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, beras, susu tepung, biskut, sardin, mee segera dan roti putih.

ii. Kategori barang segar iaitu ayam, makanan sejuk beku, sayur-sayuran,

telur, bawang dan susu segar.

iii. Kategori minuman iaitu air mineral, malt coklat jenama milo dan kopi/teh.

iv. Kategori kebersihan dan kesihatan iaitu cecair pembasmi kuman (hand sanitiser), topeng muka, tisu basah, tisu tandas, lampin bayi, lampin dewasa, paracetamol

Berita Harian X