Isnin, 27 April 2020 | 4:43pm

COVID-19: Kes sembuh meningkat sebanyak 95 kes

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit yang sudah sembuh daripada jangkitan COVID-19 terus meningkat dengan pertambahan 95 kes, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,957 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes pesakit yang sudah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang itu secara tidak langsung lebih tinggi berbanding kes baharu pesakit COVID-19 yang dicatatkan hari ini.

Katanya, sehingga jam 12 tengah hari tadi sebanyak 40 kes baharu dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 5,820 kes.

"Daripada jumlah berkenaan, seramai 37 individu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 17 daripadanya kini memerlukan bantuan pernafasan. Dukacita dimaklumkan, hari ini terdapat satu kematian yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 99 kes," katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto BERNAMA
    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X