Rabu, 29 April 2020 | 3:16pm

Lapor jika ada barangan keperluan naik harga sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika ada kenaikan harga barangan keperluan sepanjang Ramadan ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana bekalan barangan berkenaan adalah mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan serta mudah diperoleh.

Beliau berkata, jaminan itu diberi berdasarkan pemantauan harian dibuat KPDNHEP terhadap 25 jenis bekalan di 1,044 premis perniagaan, termasuk 815 peruncit, 198 pemborong dan 31 pengilang, semalam.

"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak bimbang mengenai bekalan makanan dan keperluan harian sepanjang Ramadan kerana ia dijamin mencukupi," katanya pada sidang media harian, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Gambar fail (hiasan). Pemantauan KPDNHEP mendapati bekalan barangan keperluan adalah mencukupi ketika Ramadan. - NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
    Gambar fail (hiasan). Pemantauan KPDNHEP mendapati bekalan barangan keperluan adalah mencukupi ketika Ramadan. - NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
    Berita Harian X