X
Rabu, 29 April 2020 | 6:12pm
Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock. - Foto fail NSTP/Aizuddin Saad
Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock. - Foto fail NSTP/Aizuddin Saad

Pasukan khas NUTP kaji kaedah pendidikan pasca COVID-19

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menubuhkan pasukan khas untuk membantu merumus kaedah pendidikan pasca COVID-19.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, berkata pasukan khas itu akan dianggotai beberapa guru dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Johor, Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang.

Langkah itu dibuat bagi menyelaras bidang pendidikan dengan normal baharu kehidupan pasca COVID-19 terutama aspek penjarakan sosial di sekolah.

"NUTP juga sudah melakukan soal selidik perkara berkaitan pada 27 April lalu di laman web rasmi NUTP yang mengandungi beberapa bahagian demografi, persekolahan pasca COVID-19, isu dan cabaran pedagogi penjarakan sosial.

"NUTP juga membuat kajian berasaskan Pedagogi Penjarakan Sosial sebagai agenda utama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran pasca COVID-19," katanya dalam kenyataan.

NUTP turut mengalu-alukan pendapat dan pandangan tokoh dan ahli akademik, institusi pendidikan tinggi, sektor kerajaan dan swasta dan ibu bapa berhubung normal baharu bidang pendidikan pasca COVID-19.

Berita Harian X