Khamis, 7 Mei 2020 | 3:33pm
Orang awam kini boleh memantau tahap kesihatan mereka khususnya sepanjang penularan wabak COVID-19 menerusi aplikasi kesihatan MySejahtera. - foto BERNAMA
Orang awam kini boleh memantau tahap kesihatan mereka khususnya sepanjang penularan wabak COVID-19 menerusi aplikasi kesihatan MySejahtera. - foto BERNAMA

Malaysia perlukan akta membaharui kesihatan untuk kelestarian jangka panjang

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mempunyai akta membaharui kesihatan yang dapat bertahan sepanjang masa supaya akta itu akan membawa reformasi kesihatan dan memastikan kelestariannya bagi tempoh jangka panjang.

Pakar Sistem Kesihatan Universiti Oxford, Dr Khor Swee Kheng, berkata akta itu akan memerlukan jawatankuasa khas yang bertanggungjawab kepada parlimen, dan dapat bertahan dalam peralihan politik, bertahan daripada pandemik dan perubahan dalam pentadbiran.

Ini kerana secara tradisional beliau berkata pembaharuan kesihatan yang telah dilakukan di negara lain memakan masa sekitar 10 hingga 20 tahun.

"Jika kita (Malaysia) dapat meneruskan trajektori politik, kita mungkin terus mengalami ketidakstabilan, dan selain itu, kita tidak boleh membiarkannya memberi kesan kepada pembaharuan dalam sistem kesihatan.

"Oleh itu, kita memerlukan sebuah institusi yang dapat bertahan dalam sebarang peralihan politik kerana kesihatan tidak harus dipolitikkan," katanya dalam sesi webinar yang bertajuk "Build Back Better": Constructing Our Post-COVID-19 Future, anjuran Research For Social Advancement Bhd (REFSA).

Dr Khor juga berkata. dalam menangani jaringan keselamatan sosial, konsep sosial penentu kesihatan (SDOH). Selain daripada keperluan asas untuk membina hospital, mendapatkan lebih banyak ubat-ubatan dan peralatan yang lebih baik sangat penting kerana kajian menunjukkan bahawa ia menyumbang sekitar 60 hingga 80 peratus kepada status kesihatan dan kesejahteraan seseorang.

Sementara itu, Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia Maria Castillo Fernandez berkata krisis COVID-19 telah menyebabkan negara-negara di seluruh dunia membina semula negara masing-masing dengan menjalinkan kerjasama yang lebih besar.

Namun, ini tidak bermaksud perubahan harus dilakukan sepenuhnya, tetapi lebih kepada mempercepatkan dinamik dan trend, contohnya memperkukuhkan sistem keselamatan dan kesihatan.

"Kita perlu mencipta dan berkongsi sumber seperti bagaimana kita dapat menghasilkan vaksin, memberikan rawatan dan ujian yang lebih baik. Semua pihak yang berkepentingan termasuk kerajaan harus turut serta dalam usaha ini dan mempercepatkan usaha dalam solidariti," kata Maria. – BERNAMA

Berita Harian X