Jumaat, 15 Mei 2020 | 2:28pm
Anggota tentera berkawal di Jalan Pasar Pudu bagi membanteras penularan COVID-19. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Anggota tentera berkawal di Jalan Pasar Pudu bagi membanteras penularan COVID-19. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

COVID-19: Hanya kawalan pentadbiran di Jalan Pasar Pudu

KUALA LUMPUR: Jalan Pasar Pudu di sini, tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sebaliknya kawalan secara pentadbiran.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengesahkan perkara itu berkata, penduduk kawasan itu masih dibenarkan keluar memberi barangan keperluan.

"Kita hanya membuat kawalan secara pentadbiran, bukan 'total lockdown'. Mungkin kita letak kawalan tapi penduduk masih dibenarkan membeli makanan.

"Bagi penduduk kawasan itu, kita membuat saringan ke atas mereka," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X