Sabtu, 16 Mei 2020 | 5:35pm

COVID-19: 73 pesakit sembuh

PUTRAJAYA: Seramai 73 lagi pesakit sembuh daripada COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 5,512 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes berkenaan menjadikan peratusan jumlah kes sembuh sebanyak 80.21 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan kes baharu sehingga jam 12 tengah hari ini, iaitu sebanyak 17 kes baharu dilaporkan.

"Daripada jumlah berkenaan, sebanyak enam kes dalam kalangan kes import serta 11 kes lagi penularan tempatan membabitkan bukan warga asing," katanya di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, dengan pertambahan jumlah kes baharu itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 6,572 kes.

Katanya, ada pertambahan satu kes kematian yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 113 kes.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
    Berita Harian X