Ahad, 17 Mei 2020 | 4:14pm

Sanusi iltizam bersama rakyat tangani COVID-19

ALOR SETAR: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor memberi jaminan akan bersama rakyat Kedah yang terkesan bagi menangani pasca pandemik COVID-19.

Beliau yang mengadakan sidang media sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan menegaskan, tiada rakyat Kedah akan diabaikan dalam tempoh sukar ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, beliau juga akan menyemak kembali semua projek kerajaan negeri terdahulu dan menambah baik mengikut keperluan.

Terdahulu Muhammad Sanusi mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Wisma Darul Aman, di sini.

Muhammad Sanusi, 46, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, 3.05 petang ini pada majlis yang berlangsung di Pejabat Sultan Kedah di wisma berkenaan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19


  • Berita berkaitan:

  • Mukhriz letak jawatan
  • Usah tangisi kejatuhan kerajaan PH Kedah
  • Sanusi Menteri Besar Kedah Ke-14
  • Sultan Kedah perkenan lantik Sanusi sebagai Menteri Besar
  • Sanusi bawa semangat Ustaz Azizan
  • Kronologi politik Kedah
  • Sanusi iltizam bersama rakyat tangani COVID-19
  • Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah ke-14
  • Gaya pentadbiran mirip Ustaz Azizan
  • Muhammad Sanusi menandatangani selepas Mengangkat Sumpah Menyimpan Rahsia Kerajaan sebelum menerima Watikah Pelantikan Menteri Besar Kedah. - Foto BERNAMA
    Muhammad Sanusi menandatangani selepas Mengangkat Sumpah Menyimpan Rahsia Kerajaan sebelum menerima Watikah Pelantikan Menteri Besar Kedah. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X