Ahad, 17 Mei 2020 | 5:16pm

COVID-19: 971 kes positif berkait rentas negeri

KUALA LUMPUR: Sebanyak 971 kes positif COVID-19 atau kira-kira 14.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 mempunyai sejarah merentas negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan, juga berkaitan dengan aktiviti merentas negeri.

"10 daripada kluster-kluster itu masih aktif," katanya pada sedang media harian, di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan khuatir dengan peningkatan pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri, terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba.

"Kementerian Kesihatan menghargai usaha dan berterima kasih atas tindakan penguatkuasaan oleh pihak polis bagi memastikan pematuhan masyarakat kepada syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat terus kekal tinggi.

"Ini penting supaya orang ramai tidak menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Sebanyak 10 kluster COVID-19 berkaitan dengan rentas negeri masih aktif. Gambar dirakam semalam di Plaza Tol Gombak menghala Karak. - Foto BERNAMA
    Sebanyak 10 kluster COVID-19 berkaitan dengan rentas negeri masih aktif. Gambar dirakam semalam di Plaza Tol Gombak menghala Karak. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X