X
Rabu, 20 Mei 2020 | 5:45pm

Ubat COVID-19 tanpa vaksin perlu dibuktikan berkesan

PUTRAJAYA: Ubat yang didakwa mampu memulihkan pesakit COVID-19 tanpa menggunakan vaksin yang dibangunkan sebuah makmal di China, perlu dilakukan pelbagai penyelidikan sebelum ia disahkan berkesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu namun penghasilan ubat berkenaan masih di peringkat awal.

"Apa yang pasti mereka perlu jalani pelbagai penyelidikan bagi memastikan ubat berkenaan benar-benar berkesan," katanya dalam sidang media harian, di sini hari ini.

Sebelum ini, BH melaporkan ubat berkenaan diuji oleh saintis di Universiti Peking, China bukan hanya memendekkan tempoh masa penyembuhan, malah 'menawarkan' imuniti jangka pendek daripada dijangkiti virus itu, demikian menurut penyelidik.

Pengarah Pusat Inovasi Lanjutan untuk Genomik Universiti Beijing, Sunney Xie dilaporkan berkata, ubat berkenaan berjaya di peringkat ujian ke atas haiwan.

Ubat itu menggunakan antibodi peneutralan yang dihasilkan sistem imun manusia untuk menghalang virus daripada menjangkiti sel di mana sebanyak 60 darah daripada pesakit pulih dikumpul.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Foto Luqman Hakim Zubir
    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Foto Luqman Hakim Zubir
    Berita Harian X