X
Khamis, 21 Mei 2020 | 4:52pm

COVID-19: Seramai 90 pesakit pulih

PUTRAJAYA: Sebanyak 90 kes pulih daripada COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pulih sebanyak 5,796 kes atau 82.1 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bilangan kes pulih hampir dua kali ganda, berbanding 50 kes baharu yang dilaporkan.

Katanya, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes kepada 7,059 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 1,149.

"Ingin dimaklumkan daripada 50 kes baharu dilaporkan. Tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 47 kes penularan tempatan dengan 41 kes bukan warganegara, iaitu 34 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil.

"Sehingga kini, 10 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah berkenaan, tujuh memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dan angkanya kekal 114 kes atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Petugas kesihatan membuat saringan COVID-19 terhadap orang awam yang berkunjung ke Pasar Jalan Othman selepas terdapat peniaga didapati positif COVID-19 dipercayai dari kluster Pasar Borong Kuala Lumpur, ketika tinjauan saringan di Klinik Kesihatan Taman Medan, Petaling Jaya. - Foto hiasan NSTP/AIZUDDIN SAAD
    Petugas kesihatan membuat saringan COVID-19 terhadap orang awam yang berkunjung ke Pasar Jalan Othman selepas terdapat peniaga didapati positif COVID-19 dipercayai dari kluster Pasar Borong Kuala Lumpur, ketika tinjauan saringan di Klinik Kesihatan Taman Medan, Petaling Jaya. - Foto hiasan NSTP/AIZUDDIN SAAD
    Berita Harian X