X
Jumaat, 22 Mei 2020 | 2:45pm

Langgar SOP: 64 ditahan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 64 individu dan 40 daripadanya direman, semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 24 individu yang lain pula diberikan kompaun atas kesalahan sama.

"Oleh itu, semua pihak diingatkan supaya mengikuti SOP dan peraturan yang ditetapkan.

"Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik COVID-19 ini," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 64 individu dan 40 daripadanya direman, semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP). Gambar hiasan sekatan jalan raya di Tol Jawi, Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
    Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 64 individu dan 40 daripadanya direman, semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP). Gambar hiasan sekatan jalan raya di Tol Jawi, Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X