Jumaat, 22 Mei 2020 | 4:48pm

COVID-19: 78 kes baharu hari ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 78 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 28 kes import dan mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain itu sebanyak 53 kes dari penularan tempatan.

"Daripada pertambahan kes itu, 40 kes adalah bukan dalam kalangan bukan warganegara dan 25 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes baharu sebanyak 7,137 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebabyak 1,163 kes," katanya dalam sidang media harian, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata bagi jumlah kes sembuh pula sebanyak 63 kes sembuh dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 5,859 kes atau 82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, turut terdapat pertambahan satu kes kematian dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 115 kes.

Anggota polis mengawal di Pengkalan Hulu, Perak untuk mencegah kemasukan ada pendatang tanpa izin ke negara ini. - Foto PDRM
Anggota polis mengawal di Pengkalan Hulu, Perak untuk mencegah kemasukan ada pendatang tanpa izin ke negara ini. - Foto PDRM
Berita Harian X