Sabtu, 23 Mei 2020 | 3:20pm

Temu duga kerja dalam talian

KUALA LUMPUR: Kerajaan hanya membenarkan syarikat mengadakan temu duga pekerjaan secara dalam talian kepada mana-mana individu yang mendapat peluang pekerjaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kaedah itu sudah menjadi kelaziman malah sudah dilakukan di kebanyakan negara.

"Temu duga boleh dilakukan secara online (dalam talian).

"Banyak negara lakukan temuduga secara online terutama bagi mereka yang mendapat tawaran perkejaan," katanya dalam sidang medianya, hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.FOTO/BERNAMA
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.FOTO/BERNAMA
Berita Harian X