Sabtu, 23 Mei 2020 | 5:23pm
Orang ramai diingatkan sentiasa membasuh tangan dan bukan sekadar membasahkan tangan bagi membendung penularan COVID-19.
Orang ramai diingatkan sentiasa membasuh tangan dan bukan sekadar membasahkan tangan bagi membendung penularan COVID-19.

Basuh tangan guna sabun, bukan sekadar basahkan tangan

PUTRAJAYA: Orang ramai diingatkan sentiasa membasuh tangan dan bukan sekadar membasahkan tangan bagi membendung penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan membasuh tangan, virus terbabit boleh dihapuskan.

"Ramai orang apabila sebelum makan, hanya sekadar membasahkan tangan, bukan membasuh tangan. Cara yang paling baik adalah membasuh tangan menggunakan sabun.

"Ini kerana virus terbabit mengandungi selaput 'lipid' dan apabila kita membasuh guna tangan guna sabun, selaput itu akan terhapus dan virus itu akan mati," katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X