Sabtu, 23 Mei 2020 | 5:48pm
Sukarelawan yang terdedah kepada risiko dijangkiti COVID-19 dinasihatkan supaya tidak berkunjung ke pusat jagaan warga tua. -Foto hiasan
Sukarelawan yang terdedah kepada risiko dijangkiti COVID-19 dinasihatkan supaya tidak berkunjung ke pusat jagaan warga tua. -Foto hiasan

COVID-19: Sukarelawan risiko elak ke pusat jagaan warga tua

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan supaya sukarelawan yang terdedah kepada risiko dijangkiti COVID-19 supaya tidak berkunjung ke pusat jagaan warga tua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat ini 23 kes positif dicatatkan membabitkan kluster pusat jagaan warga tua.

"Daripada 23 kes itu, 13 daripadanya membabitkan warga tua manakala 10 lagi mebabitkan petugas dan kakitangan di pusat berkenaan.

"Apa yang kita sarankan ialah untuk melindungi warga tua di pusat jagaan, mungkin ada kalangan mereka (sukarelawan) yang bertugas di hospital dan datang membantu di pusat jagaan pada masa lapang, membawa sekali virus terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X