Isnin, 25 Mei 2020 | 6:24pm

COVID-19: KKM sedia bekerjasama uji vaksin

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana negara bagi melaksanakan kajian untuk menguji vaksin COVID-19 terhadap manusia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata buat masa ini, kajian masih di fasa kedua iaitu terhadap haiwan dan belum memasuki fasa seterusnya.

"Kalau kajian vaksin yang dijalankan ke atas haiwan ini berkesan, besar kemungkinan kita akan melaksanakan kajian fasa ketiga iaitu ke atas manusia.

"KKM bersedia menjalankan kajian bersama negara lain tapi sekarang, kita belum dapat laporan untuk kajian yang perlu dilaksanakan kepada manusia.

"Fasa ketiga adalah kajian untuk manusia," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 di negara ini di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, delegasi perubatan China yang datang ke negara ini ada memaklumkan sedang melakukan kajian berkenaan dan laporannya hanya akan diperolehi pada November ke Disember nanti.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Status terkini COVID-19 di Malaysia dipaparkan pada skrin ketika sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto BERNAMA
    Status terkini COVID-19 di Malaysia dipaparkan pada skrin ketika sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X