Isnin, 25 Mei 2020 | 6:26pm

COVID-19: KKM siasat punca jangkitan kakitangan di depoh tahanan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat punca jangkitan seorang kakitangan pentadbiran di depoh tahanan Imigresen di Semenyih yang dikesan positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jangkitan itu boleh hadir daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di sana atau komuniti.

"Selepas kenal pasti kakitangan ini positif, kita terus saring keluarga mereka. Setakat ini, kita tak pasti sama ada jangkitan daripada OKT (orang kena tahan) atau komuniti," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 di negara ini di sini, hari ini.

Terdahulu, Noor Hisham memaklumkan, 66 kes positif yang direkod di depoh tahanan Imigresen di Semenyih, dengan seorang daripadanya adalah kakitangan yang bertugas di sana.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Depoh Tahanan Imigresen KLIA, Sepang. - Foto fail NSTP/Mohd Fadli Hamzah
    Depoh Tahanan Imigresen KLIA, Sepang. - Foto fail NSTP/Mohd Fadli Hamzah
    Berita Harian X