Rabu, 27 Mei 2020 | 2:40pm

COVID-19: Polis keluar 534 kompaun

PUTRAJAYA: Polis mengeluarkan 534 kompaun semalam atas kesalahan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 266 kompaun dikeluarkan di balai polis dengan 25 daripadanya atas kesalahan ziarah Aidilfitri.

"Sebanyak 268 kompaun lagi dikeluarkan di lapangan, iaitu 257 daripadanya dikeluarkan di sekatan jalan raya.

"Justeru, semua pihak diingatkan supaya mematuhi SOP dan peraturan ditetapkan. Kerjasama dan kawalan kendiri semua pihak amat penting dalam memerangi COVID-19," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian PKPB di sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Anggota polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meronda di Kampung Makam, Jalan Dato Kramat di Georgetown pada hari kedua Aidilfitri bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto BERNAMA
    Anggota polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meronda di Kampung Makam, Jalan Dato Kramat di Georgetown pada hari kedua Aidilfitri bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto BERNAMA
    Berita Harian X