Rabu, 27 Mei 2020 | 3:10pm

'Tak payahlah ambil kesempatan jadi hero PATI'

KUALA LUMPUR: Malaysia tetap melayan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara adil dan berperikemanusiaan walaupun golongan itu secara terang-terangan melanggar undang-undang negara dengan memasuki negara ini secara haram.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan adil ini dapat dilihat apabila PATI yang ditahan diberi layanan baik termasuk makanan secukupnya walaupun dihantar ke depoh tahanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) ketika membuat kunjungan ke rumah seorang veteran anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Abdul Zahid Said (dua, kanan) di Kampung Suang Parai, Menggatal, hari ini. FOTO BERNAMA
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) ketika membuat kunjungan ke rumah seorang veteran anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Abdul Zahid Said (dua, kanan) di Kampung Suang Parai, Menggatal, hari ini. FOTO BERNAMA

"Tak baik menuduh Malaysia bertindak tanpa perikemanusiaan. Negara lain jauh lebih teruk untuk mengendalikan PATI di negara mereka.

"Kita dah kira baik, ..maka tak payahlah ada kalangan pemimpin politik dan badan bukan kerajaan (NGO) mengambil kesempatan ini nak jadi hero kepada PATI," katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikumpulkan pihak berkuasa ketika operasi membasmi pendatang asing di Pasar Borong Kuala Lumpur baru-baru ini. - Foto fail NSTP/Aizuddin Saad
    Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikumpulkan pihak berkuasa ketika operasi membasmi pendatang asing di Pasar Borong Kuala Lumpur baru-baru ini. - Foto fail NSTP/Aizuddin Saad
    Berita Harian X