Rabu, 27 Mei 2020 | 3:46pm

COVID-19: Memancing di kolam langgar SOP

PUTRAJAYA: Kerajaan menegaskan memancing di kolam termasuk dalam senarai larangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata larangan itu berkuat kuasa kerana memancing di kolam membabitkan perhimpunan secara ramai.

"Saya sudah sebutkan sebelum ini. Apa juga aktiviti yang menyebabkan berlaku kumpulan ramai, tidak dibenarkan.

"Memancing di kolam tidak dibenarkan kerana biasanya ramai orang berada di sekelilingnya. Dalam hal ini, apa saja aktiviti perkumpulan ramai terletak di dalam senarai larangan PKPB.

"Saya percaya, tangkapan itu kerana mereka berkumpul beramai-ramai untuk memancing," katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Semalam, tindakan polis menahan dan mengkompaun lebih 50 orang di kolam memancing di Jugra, Banting dan Kuala Kubu Bharu hingga menimbulkan bantahan dalam kalangan mereka atas alasan mereka sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti melakukan penjarakan sosial.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Memancing beramai-ramai salah pada sisi SOP PKPB. - Foto hiasan BERNAMA
    Memancing beramai-ramai salah pada sisi SOP PKPB. - Foto hiasan BERNAMA
    Berita Harian X