Jumaat, 29 Mei 2020 | 2:36pm

Cubaan rentas negeri berkurangan

KUALA LUMPUR: Jumlah kenderaan yang cuba merentas negeri berkurangan berbanding hari sebelumnya dengan 434 kenderaan diarah berpatah balik oleh polis semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penurunan itu mungkin kerana kini sudah masuk hari kelima sambutan Aidilfitri.

Katanya, semalam juga menyaksikan tiada sebarang kompaun dikeluarkan oleh polis ke atas kesalahan ziarah Aidilfitri.

"Sebanyak 114 kompaun dikeluarkan di lapangan dengan 108 daripadanya dikeluarkan di sekatan jalan raya," katanya pada sidang media harian PKPB di Putrajaya dekat sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kelihatan aliran trafik bergerak perlahan ekoran sekatan jalan raya di Plaza Tol Duta menghala ke Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
    Kelihatan aliran trafik bergerak perlahan ekoran sekatan jalan raya di Plaza Tol Duta menghala ke Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X