Jumaat, 29 Mei 2020 | 2:51pm

Sambung PKPB: Itu berita palsu

PUTRAJAYA: Surat yang menyatakan cadangan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah dimuktamadkan seperti yang tersebar di media sosial ialah berita palsu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu tidak benar kerana keputusan untuk melanjutkan PKPB masih belum diputuskan.

"Semalam tersebar kononnya kita sudah menetapkan sambungan PKPB dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) dan senarai premis perniagaan dibenarkan (beroperasi). Itu berita palsu.

"Untuk sektor perniagaan yang dibenar beroperasi dan SOP yang ditetapkan, rakyat boleh memeriksanya di laman web Majlis Keselamatan Negara," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Semalam tersebar di media sosial kononnya kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKPB sehingga hujung Jun ini.

Turut tersebar senarai SOP jenis perniagaan dan beberapa sektor lain yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKPB.

Ditanya mengenai kelonggaran untuk suami isteri yang tinggal berasingan untuk merentas negeri, Ismail Sabri berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam tempoh terdekat.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  •  Anggota Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawal sempadan Malaysia-Thailand di pengkalan haram Rantau Panjang, Kelantan. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
    Anggota Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawal sempadan Malaysia-Thailand di pengkalan haram Rantau Panjang, Kelantan. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
    Berita Harian X