Isnin, 1 Jun 2020 | 3:12pm
Gambar hiasan. - Foto NSTP
Gambar hiasan. - Foto NSTP

Patuh SOP atau tak dibenarkan kembali beroperasi

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) tidak sesekali membenarkan tapak binaan kembali beroperasi sekiranya tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan termasuk saringan kesihatan pekerja asing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata CIDB amat bertegas dengan perkara berkenaan dan disebabkan itu arahan tutup operasi dilakukan sekiranya mengesan tapak binaan melanggar arahan ditetapkan.

"Semalam, CIDB membuat pemeriksaan di 110 tapak binaan di seluruh negara membabitkan 76 penguatkusaan. Daripada jumlah itu, 21 tapak dikesan patuh SOP, manakala tiga lagi tidak patuh dan diberi amaran.

"Setakat ini, jumlah kumulatif tapak binaan diperiksa CIDB adalah sebanyak 6,000 tapak dan daripada jumlah itu, 934 tapak didapati patuhi SOP dan 224 lagi adalah tidak patuh.

"Mereka juga sudah mengarahkan tujuh tapak binaan ditutup kerana tidak patuh SOP namun 4,815 lagi masih belum beroperasi," katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas mesyuarat khas menteri-menteri di Putrajaya dekat sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X