Isnin, 1 Jun 2020 | 6:15pm

KKM saring kakitangan, tahanan Penjara Sungai Buloh

PUTRAJAYA: Seramai 700 kakitangan dan 800 tahanan di Penjara Sungai Buloh sedang disaring Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan seorang banduan penjara itu disahkan positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berkata banduan berkenaan yang ditahan di penjara itu sejak 2016 pernah keluar pada 13 Mac lalu, sebelum didapati positif virus berkenaan.

"Banduan itu sudah dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih. Kita sedang melihat kepada kontak rapat banduan itu dan akan saring jika ada yang terdedah kepadanya.

"Pejabat Kesihatan Gombak bukan saja akan saring kontak rapat tapi juga 700 kakitangan dan 800 tahanan di penjara itu.

"Ini sedang dalam proses, yang mana kalau kita kesan satu kes positif, kita akan terus menjalankan pengesanan kes aktif kepada mereka yang terdedah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • #taskid sendstory

    700 kakitangan dan 800 tahanan di Penjara Sungai Buloh sedang disaring Kementerian Kesihatan. - Foto fail NSTP
    700 kakitangan dan 800 tahanan di Penjara Sungai Buloh sedang disaring Kementerian Kesihatan. - Foto fail NSTP
    Berita Harian X