Selasa, 2 Jun 2020 | 3:27pm
Polis menjalankan pemeriksaan pematuhan PKPB di beberapa di sekitar Kota Kinabalu, hari ini. - Foto NSTP/Juwan Riduan
Polis menjalankan pemeriksaan pematuhan PKPB di beberapa di sekitar Kota Kinabalu, hari ini. - Foto NSTP/Juwan Riduan

33 lagi individu ditahan ingkar PKPB

PUTRAJAYA: Polis menahan 33 lagi individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 30 individu direman, manakala tiga individu dijamin polis.

"Polis Diraja Malaysia turut mengeluarkan kompaun kepada 248 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB. Tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 229 kenderaan pula diarah patah balik atas cubaan rentas negeri tanpa kebenaran.

"Antara negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri tertinggi ialah Melaka (70), diikuti Selangor (53) dan Negeri Sembilan (49)," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X