Khamis, 4 Jun 2020 | 3:43pm
Gambar fail - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Gambar fail - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

PKPB: 111 kenderaan diarah patah balik semalam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 111 kenderaan diarahkan berpatah balik kerana dikesan cuba merentas negeri tanpa kebenaran polis, semalam.

Negeri yang paling ramai cuba melakukan perbuatan itu ialah Kedah membabitkan 63 kes, Selangor (25) dan Melaka (14).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semalam, polis turut menahan 31 individu yang mengingkari peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan 26 direman, manakala lima lagi dijamin polis.

"Seramai 93 individu diberikan kompaun atas pelbagai kesalahan mengingkari PKPB tetapi tiada kompaun membabitkan kesalahan ziarah Aidilfitri," katanya pada sidang akhbar harian PKPB di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Mengulas penghantaran penuntut pulang ke kampung halaman pula, Ismail Sabri berkata, seramai 566 pelajar dijadualkan dihantar dari ibu negara ke Sabah dan Sarawak, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X