Jumaat, 5 Jun 2020 | 4:12pm

Tiada lagi cukai jualan kereta penumpang tempatan

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan.

Selain itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus kepada kereta penumpang import.

"Pengecualian ini bermula dari tempoh 15 Jun ini hingga 31 Disember 2020," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek di sini hari ini.

Katanya, insentif itu akan menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara.

Pekerja di kilang pemasangan PROTON.
Pekerja di kilang pemasangan PROTON.
Berita Harian X