X
Sabtu, 6 Jun 2020 | 2:59pm
 Kesesakan lalu lintas dapat dilihat ketika orang ramai cuba rentas negeri menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan lalu. - Foto fail NSTP/Aizuddin Saad
Kesesakan lalu lintas dapat dilihat ketika orang ramai cuba rentas negeri menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan lalu. - Foto fail NSTP/Aizuddin Saad

PM umum esok bila orang bujang dibenar rentas negeri

KUALA LUMPUR: Orang bujang berkemungkinan dibenarkan merentas negeri mulai minggu depan, bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata golongan bujang perlu bersabar menunggu pengumuman Perdana Menteri.

"Untuk orang bujang, saya difahamkan esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, maka kita tunggu.

"Saya takut kalau saya umumkan nanti berbeza atau lebih awal daripada Perdana Menteri. Tentu saja banyak perkara akan disebut esok, kita tunggu.

"Kalau tak sebut, baru saya sebut untuk orang bujang (kebenaran rentas negeri). Maka, bersabarlah hingga esok" katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Berita Harian X