Ahad, 7 Jun 2020 | 3:45pm
Gambar hiasan. - Foto BERNAMA
Gambar hiasan. - Foto BERNAMA

Gunakan MySejahtera, nilai kesihatan kendiri

KUALA LUMPUR: Rakyat diminta menggunakan aplikasi MySejahtera yang dibangunkan kerajaan untuk membolehkan pelaksanaan penilaian kesihatan kendiri.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata aplikasi itu juga akan membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan untuk mengenal pasti serta memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat.

"Apa yang penting ialah kita semua mestilah bersedia untuk membudayakan kebiasaan baharu dalam kehidupan kita.

"Ya, ada kalanya kita merasakan sedikit sukar untuk mengamalkannya tetapi percayalah setiap kesukaran itu akan disusuli dengan kesenangan," katanya ketika berucap dalam perutusan khas, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X