X
Khamis, 11 Jun 2020 | 4:36pm
Gambar dirakam pada Ramadan yang lalu. - Foto AFP
Gambar dirakam pada Ramadan yang lalu. - Foto AFP

COVID-19: Malaysia tangguh hantar jemaah haji

PUTRAJAYA: Malaysia menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun ini, berikutan penularan wabak COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata penangguhan penghantaran bagi musim haji tahun ini mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara ini.

"Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bagi musim haji 1441 H ditangguhkan ke tahun depan.

"Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penangguhan haji ini," katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Ditanya mengenai jika ada penambahan kuota haji tahun depan berikutan penangguhan penghantaraan jemaah tahun ini, Zulkifli berkata, jumlah itu bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.

Beliau sebelum ini memaklumkan jumlah jangkitan COVID-19 melebihi 100,000 kes antara pertimbangan kerajaan Malaysia membenarkan jemaah ke Makkah atau sebaliknya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X