Jumaat, 19 Jun 2020 | 2:32pm
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - NSTP/Aswadi Alias
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - NSTP/Aswadi Alias

PKR calonkan Anwar jadi PM, tolak Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: PKR menolak cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad mencalonkan semula dirinya sebagai Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersama Ahli Parlimen PKR, yang berlangsung hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan parti itu sebentar tadi, PKR kekal dengan pendirian konsensus dicapai PH untuk mencalonkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

"PKR tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.

"Bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan kekal dengan konsensus PH mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri," katanya.

Berita berkaitan:

  • AMANAH, DAP kekal sokong Dr M calon PM
  • Berita Harian X