Sabtu, 20 Jun 2020 | 10:41am

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Chini

PEKAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Pegawai Pengurus Pilihan raya, Datuk Zaliza Zulkipli mengumumkan senarai calon yang bertanding jam 10.30 pagi, selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, ditutup pada jam 10 pagi.

"Kita menyemak kertas-kertas penamaan tersebut dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan," katanya di sini, hari ini.

Pada PRK itu, BN mempertaruhkan generasi kedua Felda Chini, Mohd Shahrim Md Zain, 41, yang juga Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan bagi mempertahankan kerusi DUN itu kekal milik BN.

Mohd Shahrim menjadi individu kedua mengemukakan borang pencalonan pada 9.01 pagi dan mengambil semangat Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS, pencalonan calon BN disokong oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pekan, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, selaku calon Bebas yang menggunakan simbol rumah menjadi individu pertama mengemukakan borang pencalonan pada jam 9 pagi.

Calon bagi BN bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain (tengah) tiba di Pusat Penamaan Calon, IKBN Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Calon bagi BN bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain (tengah) tiba di Pusat Penamaan Calon, IKBN Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Calon yang akan bertanding pada PRK DUN Chini (dari kanan) calon BN, Shahrim Md Zain dan dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli ketika hadir menghantar borang pencalonan di IKBN Pekan. - Foto BERNAMA

Calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, (kiri) mempraktikkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka ketika menghantar borang pencalonan pada PRK DUN Chini di IKBN Pekan hari ini. - Foto BERNAMA

Calon Bebas bagi PRK DUN Chini, yang juga Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pekan, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin beramah mesra bersama penyokongnya di Pusat Penamaan Calon IKBN Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Pertandingan kali ini turut menyaksikan seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, yang juga aktivis masyarakat mengemukakan borang penyerahan pada 9.04 pagi walaupun menjadi calon pertama yang tiba di pusat penamaan calon pada hari ini.

Pencalonan, Mohd Shukri yang juga aktivitis masyarakat menggunakan simbol kunci pada PRK DUN Chini yang disifatkan beliau sebagai simbolik untuk 'membuka sejarah' supaya penduduk setempat dapat menerima individu tanpa parti sebagai wakil rakyat.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11.

Pada PRU-14 lalu, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi.

NORMA BAHARU ... Calon yang akan bertanding pada PRK DUN Chini (dari kanan) calon BN, Mohd Sharim Md Zain dan dua calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin menyentuh siku antara satu sama lain bagi menggantikan salam ketika hadir menghantar borang pencalonan di IKBN Pekan, hari ini. - Foto BERNAMA

Senarai calon ikut turutan

1. Bebas (Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin) logo Rumah
2. Bebas (Mohd Shukri Mohd Ramli) logo Kunci
3. BN (Mohd Shahrim Md Zin) logo Dacing

Calon BN, Mohd Sharim Md Zain (kanan) bersama dua calon Bebas, Mohd Shukri Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin (kiri) ketika diumumkan sebagai calon yang bertanding bagi PRK DUN Chini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X