Isnin, 22 Jun 2020 | 2:52pm

Pawagam, teater, acara langsung dibenarkan 1 Julai

KUALA LUMPUR: Aktiviti pawagam, teater dan acara secara langsung dibenarkan dibuka semula di dewan tertutup sahaja bermula 1 Julai ini, tetapi kehadiran tidak boleh lebih 250 orang tertakluk saiz dewan serta perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"SOP mestilah ketat dari segi kawalan kemasukan dengan kapasiti masih kekal 250 dan sebelum masuk seperti biasa kena periksa suhu dan sebagainya," katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, di Putrajaya, di sini hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • ISMAIL Sabri. - Foto/BERNAMA
    ISMAIL Sabri. - Foto/BERNAMA
    Berita Harian X