Ahad, 28 Jun 2020 | 8:05pm
Foto hiasan BERNAMA
Foto hiasan BERNAMA

PMO nafi berita pelajar Tingkatan Satu - Empat kembali bersekolah 12 Julai

KUALA LUMPUR: Berikut adalah makluman terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan berita palsu bahawa pelajar Tingkatan Satu hingga Empat akan kembali ke sekolah pada 12 Julai 2020 seperti yang sedang tular di media sosial.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menafikan kesahihan akaun Telegram palsu MINDEF MALAYSIA mod.gov.my atau https://t.me/MINDEFMalaysia seperti yang tular di media sosial. MINDEF menjelaskan bahawa akaun telegram rasminya hanyalah "MINDEF UPDATE" yang boleh disertai di pautan https://t.me/joinchat/AAAAAFetrMrsJc2uFaY0AA.

– BERNAMA

Berita Harian X