X
Isnin, 29 Jun 2020 | 2:42pm

Kebenaran berkonvoi ditarik jika gagal patuh SOP

PUTRAJAYA: Kebenaran aktiviti berkonvoi kenderaan mungkin akan ditarik semula jika peserta berterusan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setiap peserta konvoi perlu memastikan kawalan kendiri dan mempraktikkan SOP yang ditetapkan.

"Insiden (konvoi sehingga melanggar SOP) yang berlaku di Pahang semalam, kita anggap sebagai kes terpencil kerana ini adalah kejadian pertama.

"Namun, jika perkara ini berterusan, kebenaran yang kita berikan ini akan ditarik semula. Bukan mustahil untuk kerajaan menarik semula kebenaran yang diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
    Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
    Berita Harian X