Isnin, 29 Jun 2020 | 3:24pm

PRK Chini: Polis pantau SOP sepanjang kempen

PUTRAJAYA: Pasukan operasi pematuhan diketuai polis akan terus memantau bagi memastikan tiada mana-mana pihak melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua pihak yang terbabit kempen PRK DUN Chini dalam perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

"SOP yang ditetapkan bukan hanya untuk calon malah semua orang termasuk petugas, penyokong parti dan pengundi. Semua perlu patuh kepada SOP dan mengamalkan penjarakan sosial.

"Buat masa ini saya tidak tahu jika ada laporan polis atau tidak berhubung pelanggaran SOP namun semua perlu akur kepada arahan yang dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Ismail Sabri turut mengingatkan supaya tidak berlaku kesesakan di sesuatu lokasi di kawasan berkempen bagi memastikan penjarakan sosial dapat dipraktikkan.

"Pasukan operasi pematuhan akan berada di mana-mana termasuk di Chini. Jadi, elakkan daripada melakukan pelanggaran SOP jika tidak mahu tindakan diambil," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Suasana kempen PRK DUN Chini. - Foto NSTP
    Suasana kempen PRK DUN Chini. - Foto NSTP
    Berita Harian X