X
Isnin, 29 Jun 2020 | 9:06pm
Keadaan trafik di jalan keluar masuk dari Singapura dan Johor Bahru di Tambak Johor pada waktu puncak. - Foto Fail NSTP
Keadaan trafik di jalan keluar masuk dari Singapura dan Johor Bahru di Tambak Johor pada waktu puncak. - Foto Fail NSTP

Tidak perlu 'MyPass' masuk Malaysia dari Singapura

SINGAPURA: Permit 'MyPass' bagi memasuki Malaysia menerusi jalan darat dan udara tidak lagi diperlukan bermula hari ini, menurut pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Ia terpakai bagi rakyat Malaysia dan bukan warga Malaysia (dengan kebenaran), menurut suruhanjaya itu dalam kemas kini catatan terbaharu Facebooknya.

Sebelum ini, pengumuman dibuat bagi memaklumkan mulai 27 April, mereka perlu mendapatkan permit masuk daripada suruhanjaya itu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh berlepas. – BERNAMA

Berita Harian X