Selasa, 30 Jun 2020 | 12:04pm
(Gambar fail) Presiden CUEPACS, Adnan Mat. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
(Gambar fail) Presiden CUEPACS, Adnan Mat. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

CUEPACS gesa 241 bekas pekerja SPAD diserap lantikan tetap

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyerap 241 bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kini ditempatkan secara kontrak di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), untuk menjadi penjawat tetap.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat, berkata pihaknya difahamkan bahawa pekerja terbabit masih belum menerima sebarang maklumat daripada pihak pengurusan tertinggi JPJ berhubung status kontrak mereka yang akan tamat pada 31 Disember depan.

"Situasi ibarat 'gantung tidak bertali' ini sudah pasti menimbulkan keresahan kepada semua bekas pekerja SPAD terbabit, sedangkan mereka dijanjikan untuk diserap sebagai lantikan tetap berdasarkan kelayakan, tempoh perkhidmatan dan prestasi kerja masing-masing," katanya pada sidang media di Wisma CUEPACS, di sini, hari ini.

Pada 23 Mei 2018, kerajaan membuat keputusan untuk membubarkan SPAD sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan, selain memperkasakan sektor pengangkutan awam darat.

Berita Harian X