Rabu, 1 Julai 2020 | 1:08pm
Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali menyampaikan amanat kepada penjawat awam di MITC hari ini. - Foto NSTP/Amir Mamat
Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali menyampaikan amanat kepada penjawat awam di MITC hari ini. - Foto NSTP/Amir Mamat

Melaka umum bantuan khas RM500 kepada penjawat awam

AYER KEROH: Kerajaan Melaka mengumumkan bantuan khas RM500 kepada 7,553 penjawat awam di negeri ini, yang akan dibayar akhir bulan ini.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali, berkata bantuan khas terbabit sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam khususnya kumpulan barisan hadapan dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19.

"Selain itu, bantuan terbabit juga sebagai persediaan menyambut Aidiladha," katanya menyampaikan amanat Ketua Menteri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Sulaiman berkata, pemberian bantuan kewangan itu dibuat selepas mendengar pandangan serta permintaan penjawat awam negeri susulan beberapa negeri sudah mengumumkan sumbangan itu sebelum ini.

"Saya baca dalam media sosial, saya dengar 'soseh-soseh' mengenai pemberian bantuan oleh kerajaan Persekutuan menjelang Aidilfitri lalu.

"Bagi menghargai jasa dan penat lelah penjawat awam khususnya 'frontliners', saya mengumumkan bantuan khas kepada semua penjawat awam kerajaan negeri berjumlah RM500," katanya.

Berita Harian X