Rabu, 1 Julai 2020 | 5:48pm

COVID-19: Sifar jangkitan baharu penularan dalam negara, hanya 1 kes import

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sifar kes jangkitan baharu COVID-19 membabitkan penularan dalam negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hanya satu kes import dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 8,640.

Beliau berkata, ia sekali gus adalah angka harian terendah dicatatkan sepanjang tempoh gelombang kedua wabak berkenaan di negara ini.

"Sebanyak 21 kes pulih dicatatkan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya ialah 8,375.

"Tiada pertambahan kematian dengan jumlahnya kekal 121 kes," katanya pada sidang akhbar COVID-19, di sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (tengah) menunjukkan kertas tertera angka 1 menandakan satu kes baharu dilaporkan iaitu kes import jangkitan luar negara, pada sidang media di Putrajaya, hari ini. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (tengah) menunjukkan kertas tertera angka 1 menandakan satu kes baharu dilaporkan iaitu kes import jangkitan luar negara, pada sidang media di Putrajaya, hari ini. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
    Berita Harian X