Jumaat, 3 Julai 2020 | 11:29pm
Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohamad Noordin Awang. - Foto ihsan keluarga
Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohamad Noordin Awang. - Foto ihsan keluarga

Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian meninggal dunia

KOTA BHARU: Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohamad Noordin Awang, 69, meninggal dunia akibat kanser paru-paru di kediamannya di Kampung Kota, jam 7.15 malam tadi.

Anak sulung arwah, Mohd Hafizal Mufti Mohamad Noordin, 39, berkata, arwah ayahnya menderita penyakit itu sejak setahun lalu.

"Bagaimanapun, sejak dua bulan lalu, keadaan arwah ayah semakin merosot disebabkan penyakit yang dihidapi.

"Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Panjang, Kampung Kota pada jam 6.30 pagi esok ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham adalah bekas Setiausaha UMNO Negeri Kelantan, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan juga bekas Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN).

Berita Harian X