X
Sabtu, 4 Julai 2020 | 9:18pm

BN kekal penguasaan DUN Chini

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu, hari ini dengan majoriti besar 12,650 undi.

BN diwakili calonnya, Mohd Sharim Md Zain, meraih 13,872 undi, mengatasi dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli, masing-masing memperoleh 1,222 dan 137 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Chini, Datuk Zaliza Zulkipli, di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Pekan, Pahang sebentar tadi.

Proses pengundian di semua 13 pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka dari 8 pagi hingga 5.30 petang ini.

Calon Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain (kanan) ketika diumum menang PRK DUN Chini oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Zaliza Zulkipli di pusat penjumlahan undi rasmi di Institut Kemahiran Belia Negara Pekan hari ini. - Foto BERNAMA

Calon Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain meraikan kemenangan pada PRK DUN Chini bersama kepimpinan Barisan Nasional di pusat penjumlahan rasmi undi pilihan raya Chini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan hari ini. - Foto BERNAMA

Peratusan keluar mengundi sehingga 5.30 petang selepas 13 pusat mengundi ditutup ialah sebanyak 73.87 peratus.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 7 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak PRU-11 pada 2004.

DUN Chini, adalah satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, menyaksikan PRK pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu dan PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Calon Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain (tengah) diiringi penyokongnya ketika meraikan kemenangan selepas pengumuman keputusan PRK DUN Chini. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Calon Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain (tengah) diiringi penyokongnya ketika meraikan kemenangan selepas pengumuman keputusan PRK DUN Chini. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Calon BN, Mohd Sharim Md Zain, mengekalkan penguasaan parti di DUN Chini dengan majoriti kemenangan 12,650 undi. - Foto BERNAMA
Calon BN, Mohd Sharim Md Zain, mengekalkan penguasaan parti di DUN Chini dengan majoriti kemenangan 12,650 undi. - Foto BERNAMA
Berita Harian X